Monday, November 14, 2011

HAKIKATNYA, melafaz Alhamdulillah bukan makna kita bersyukur.

SORRY LAH LAMBAT! TERLUPA PULAK ADA KENE UPDATE. MAKLUMLAH, SAYA NI BUKANNYA BLOGGER BETUL PUNNN. >.<

SORRY SANGAT. Well, here it goes.

So, this was the main topic talked about yesterday night, PRIME TIME (from Maghrib to Isya') at Masjid Khairiyah Taman Sri Gombak.

The talk was given by Ustadz Azhar Idrus. Iye, Ustadz Azhar, oghang ganu tuh. :P

I think I'm gonna cut myself some slack by posting this entry in Bahasa Malaysia. OK? Tapi ada English sikit lah. :)

Warning! Benda ni tunggang terbalik sikit, I just copied what I wrote on my notebook yesterday. Biasalah bila ceramah agama mesti terkeluar topik here and there. Kan kan? So, ampun beribu2 ampun.



Firman Allah:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur dan ingkar (akan nikmatKu) sesungguhnya azabKu amatlah keras." Surah Ibrahim: 7


Kita ucapakan Alhamdulillah (Segala puji pujian bagi Allah), tak bermaksud kita betul2 bersyukur terhadap nikmatNYA. So, tak termasuklah dalam list orang yang sentiasa bersyukur.

"..Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" Surah al-A'raf : 17

Ramai orang masuk neraka kerana anggota badan utama kita sendiri. Seperti tangan, mulut, mata, telinga, kaki, perut dan etc. Jarang kita dengar orang masuk neraka sebab kepala lutut, sebab siku, sebab sendi dan selanjutnya. So, cara kita nak bersyukur adalah dengan MENGGUNAKAN NIKMAT YANG DIBERI ALLAH DENGAN BERIBADAH KEPADANYA. Haaa, bagi terbeliak sikit mata tu. :P

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." 
Surah al-A'raf:179

Contoh2nya:

Mulut: Sentiasa berzikir, baca al-Quran, menasihati org, etc.
Tangan: Bersedekah
Kaki: Pergi masjid/surau untuk beribadah
Mata: Melihat ciptaan2 Allah
Telinga: Mendengar al-Quran, dengar nasyid.

dan lain lain. Sounds familiar kan? Benda ni ada kita belajar time form 4. Yang kufur nikmat tu. Haa, yang tu lah.  Banyak sangat kalau nak list-kan one by one. Akal itu salah satu nikmat Allah kan? So gunakanlah akal kita untuk berfirkir cara2 lain untuk bersyukur a.k.a. beribadah kepada Allah. Cun? :D

Dah bersyukur, beribadat semua, jangan riya' pulak. Jangan rasa diri kita ni bagus dan cukup layak dah nak masuk syurga. 


Semua perkara yang kita lakukan, kene niat semata-mata kerana ALLAH. SOLELY.

Ada satu kisah seorang 'Sultan' dalam bidang hadis, nama beliau adalah Abdullah ibnu Mubarak. Cuba teka berapa hadith yang beliau hafal? ..........Salaaaaahhh. Jawapannya adalah lebih kurang...

Satu juta dua ratus ribu hadith. Ce tulis in numbers, panjang en? Beliau hafal siap dengan sanad2 (susur galur perawi hadith) dan matannya sekali kot. Hebat kan? Kita ni, satu pun tak perfect nak menghafal<---untuk diri saya jugak. -_-'

Sambung cerita...
Satu hari beliau tertidur berdekatan dengan Kaabah dan bermimpi dua malaikat yang menjelma as humans sedang bercakap-cakap di Hajarul Aswad. (Mimpi beliau adalah benar, kerana mimpi orang yang soleh sentiasa benar) Beliau bertanya kepada malaikat tersebut. Berapa orang yang pergi mengerjakan haji pada tahun ini? 12000. Berapa orang yang mendapat haji mabrur? Tidak lebih daripada 10 orang. I repeat, TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH ORANG.
Fyi, zaman tersebut adalah zaman yang bergelumang dengan orang2 yang menuntut ilmu. Memang mahsyur lah. Itu pun tak lebih 10 orang. Lagi2 yang nak dibandingkan dengan zaman kita ni. Sussssaaaaaahhhh sangat. So, jangan ingat kita ni dah bersedia nak menghadapi Allah dengan kita sendiri sentiasa mengejar ilmu dunia. Berapa banyak pun amalan2 yang kita dah kumpulkan kalau nak compare? Jangan sombong dengan orang lain WALAUPUN orang tu orang yang fasiq. *Astaghfirullahalazim. :(

Nak contoh lagi satu? Haa, yang ni memang kita kenal sangat. Kalau tak kenal, kena kenali beliau sekarang.

Imam As-Syafie. Ring any bells? :P

Imam As-Syafie ni bila kita lihat balik sejarah beliau, memang membuatkan diri kita ni sangat2 kerdil. Imam as-Syafie telah diberi tauliah oleh tok gurunya (Imam Malik) untuk memberi fatwa pada umur LIMA BELAS TAHUN. Time tu kita semua PMR. Nama Imam Syafie sendiri pun kita jarang dengar time tu. Sesiapa yang mendengar beliau reciting al -Quran, WAJIB menangis (Ustaz yg cakap wajib), sebab Imam as-Syafie baca dari hati yang ikhlas. Umur beliau pada masa itu adalah 9 tahun. Sembilang tahung boh<---terengganu punya slang.

Kita tahu jugak yang Imam as-Syafie manghafal sebanyak 400,000 hadis. Nak tahu Imam as-Syafie cakap apa?
"Aku tak layak masuk syurga"
???????????????????????? Okay, dramatik sikit.
Imam as-Syafie. Imam as-Syafie tu! Beliau rasa tak layak masuk syurga? SubhanAllah.

Korang pernah dengar tak ni? "Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu. Namun aku tak sanggup menghadapi api nerakaMu." Cari kat YouTube cepat! :P Korang pernah dengar kan? Actually, ini adalah syair yang datang daripada Imam as-Syafie sendiri. Yeap, saya pun baru tahu semalam.

So, perbanyakkanlah bertaubat dan beribadah.

Okay, ni masuk topik lain pulak. Saya pun tak pasti macam mana boleh masuk topik ni. Ada terkeluar sikit lah but still in the context of being grateful to Allah. Oh well, we should just grab knowledge whenever, wherever and however we can.

Maksud Hidayah: JALAN yang benar yang diberi oleh Allah.
Maksud Taufiq: PERTOLONGAN dan KEKUATAN yang diberi oleh Allah untuk kita MENUJU ke jalannya.
Ada paham?? :)

Don't worry, there was an example given. :D

Orang yang ADA HIDAYAH tapi TIADA TAUFIQ:

Situasinya pertama:

*depan rumah, berpusu-pusu kereta lalu menuju ke masjid
A: Eh ehhh, ramainya orang pergi masjid tuuuu!!! Ada ceramah rasanya. Wah, bagus betul orang-orang ni kan.
Next door brader: Iye, betul2. Awak tak pergi ke?
A: Oh, tak tak! :)

Haaa, dia ada hidayah.  Dah nampak dah pun hidayahNya. Tapi tiada taufiq. Get it? Got it? Good. :B

Kita dah diberi NIKMAT hidayah untuk masuk Islam, so, doa banyak2 kepada Allah agar diberi taufiq selalu untuk kita bersyukur kepadaNya iaitu dengan apa murid2? Beribadah cikguuu. :P

*Sorry, nak dekat midnight ni memang otak jadi bengong sikit. -_-'

"So, apa yang kita kena buat sekarang?"<---imaginary self asking question.

Saya listkan okeh


  • Bersyukurlah dalam SETIAP perkara.
  • Nampak sahaja kemungakaran, kena tegur. (Tak kisah kalau kene hentam balik, yang penting niat kerana Allah)
  • Kita kena sentiasa bersifat tawadu'. (Rendah diri/humble)
  • Jangan lupa, sentiasalah bertaubat kepada Allah. 

Situasi kedua:

A: Boh, mung buak zina banyok ko? (Bos, awak buat zina banyak ke)
B: Banyok bohh! Tapi takdok lah setiak hari. (Banyak boss, tapi takdelah setiap hari)

Kita buat zina 100 kali pun lepastu bertaubat, Allah akan ampunkan ON THE SPOT!


Ada cerita lagi ni tau.

Ada seorang fasiq pada zaman Nabi Musa a.s. Beliau sentiasa buat maksiat, memang teruk. Then bila ajal nak sampai, beliau sempat bertaubat kepada Allah. Di tangannya masih lagi memegang sebotol arak. Tapi Allah tetap menerima taubatnya. Ya Rahim. Orang kampung tak tahu yang beliau dah bertaubat lalu mayatnya dicampak di dalam najis.
Allah telah mengwahyukan kepada Nabi Musa a.s. untuk uruskan jenazah beliau dengan sempurna. So, Nabi Musa pun pergi inform kan dekat orang2 kampung tapi orang2 kampung tak percaya. Jadi, Nabi Musa uruskanlah jenazah tu sendiri.
See, Allah Maha Pengampun. Kene sentiasa bersangka baik kat Allah.
Kita tahu kasih sayang seorang ibu memang powerful kan? Kasih sayang Allah jauh lebih banyak daripada seorang ibu. Imagine that. :')

Dah, ini baru entry pertama. Ada dua lagi entries so, yang tu kene tunggu lagi. Sorry kalau ada grammatical or spelling errors. Do tell me where I got wrong. :)

Peace be upon you. :)

No comments:

Post a Comment